Seorang pencari barangan lusuh nyaris maut kerana tidak menyedari guni yang ditemuinya di pusat pengumpulan sampah di Kampung Kelaboran di sini semalam berisi empat butir bom mortar lama Mohd. Firdaus Sabri, 19, dari Kampung Tujuh di sini berkata, guni tersebut dijumpainya dalam timbunan sampah yang disangka mengandungi besi buruk kira-kira pukul 10 pagi. Menurutnya, dia kemudian mengangkat guni tersebut dan menuangnya untuk mengetahui kandungan di dalamnya. "Saya terkejut apabila melihat empat butir bom mortar tercampak keluar dari guni tersebut. Setiap butir bom tersebut berukuran kira-kira 60 milimeter," katanya ketika ditemui di sini semalam. Mohd. Firdaus berkata, ketika kejadian terdapat kira-kira 20 orang rakannya yang turut mencari barangan lusuh di tapak pengumpulan sampah tersebut. :- sumber dari kosmo
Wednesday, November 10, 2010
Remaja jumpa bom dalam guni
Labels:
news
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment