The secret location for Earth Hour's Dance in the Dark has been revealed!

let's click

Followers

Tuesday, November 2, 2010

Pemain City mahu Mancini dipecat

Kebanyakan pemain kelab tersebut dikatakan berpendapat bahawa City tidak mampu bersaing merebut kejuaraan Liga Perdana England selagi pengendali dari Itali itu masih membimbing pasukan dari Eastlands itu.

City tewas mengejut 1-2 kepada Wolves, Sabtu lalu pada perlawanan yang turut menyaksikan Emmanuel Adebayor dan Vincent Kompany berbalah semasa sendiri di atas padang.

Sumber City berkata: "Semangat berpasukan sudah luntur kerana tiada lagi rasa hormat kepada pengurus dan beberapa pemain pula mahu Mancini disingkirkan.

"Mereka tak beritahu siapa pengurus baru yang mereka mahu tetapi hanya mahu melihat Mancini tidak lagi menjadi pengurus City.

Satu lagi sumber lain pula berkata: "Pemain tidak suka dengan gaya tegas Mancini serta susunan taktikal yang dilakukannya.

"Contohnya, kenapa dia memasukkan pemain pertahanan, Pablo Zabaletta menggantikan Emmanuel Adebayor sedangkan seorang lagi penyerang iaitu Jo diletakkan di bangku simpanan."

Terdahulu, Yaya Toure dan James Milner turut bertengkar ketika menuju ke bilik persalinan selepas City tewas 0-3 kepada Arsenal minggu lalu.

Ejen kepada Toure, Dimitri Seluk berkata, pemain tersebut berasa marah berhubung kekurangan mentaliti untuk mencipta kemenangan di kalangan pemain-pemain City.

"Toure berasakan kebanyakan pemain yang telah lama di kelab itu sekadar menganggap kedudukan di tangga keempat sudah memadai bagi mereka. Bagi mereka, cukup sekadar tidak tewas berbanding sentiasa mahukan kemenangan,

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails