PEKAN – Seorang wanita maut selepas cedera parah di kepala akibat ditetak oleh anak lelakinya menggunakan kapak di Felda Chini Timur 1 di sini pukul 10.30 malam kelmarin. Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman berkata, Che Wa Isa, 57, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan sebahagian otaknya terburai akibat tetakan tersebut. Yahaya berkata, polis telah menahan suspek yang berusia 23 tahun ketika dia sedang bersembunyi di dalam sebuah reban ayam yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian. Dia ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. “Dia ditahan sejam selepas kejadian itu oleh penduduk kampung sebelum diserahkan kepada polis. Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menetak kepala ibunya menggunakan kapak besi yang biasanya digunakan untuk memotong buah kelapa sawit. “Tetakan menyebabkan pendarahan teruk di kepala dan mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sampai ke Hospital Pekan,” kata beliau ketika dihubungi semalam.
Tuesday, November 9, 2010
Penganggur tetak ibu guna kapak
Labels:
news
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment