The secret location for Earth Hour's Dance in the Dark has been revealed!

let's click

Followers

Tuesday, November 2, 2010

Konvokesyen UUM ditangguh kerana banjir

Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) ke-23 sesi kelima dan keenam yang dijadual hari ini terpaksa ditangguh akibat banjir yang melanda daerah Kubang Pasu sejak semalam.

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, majlis konvokesyen bagi dua hari pertama iaitu pada 31 Oktober dan 1 November berjalan lancar.

"Bagaimanapun, bagi sesi kelima dan keenam pada hari terakhir majlis konvokesyen, iaitu hari ini terpaksa ditangguh atas sebab banjir di kawasan sekitar universiti ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, jalan utama yang menghubungkan UUM dengan Alor Setar iaitu melalui Lebuhraya Utara Selatan ditutup kepada semua kenderaan akibat banjir teruk, manakala beberapa laluan alternatif juga amat membahayakan pengguna jalan raya.

"UUM amat berat hati untuk membuat keputusan ini tetapi demi kebaikan dan keselamatan para graduan, ibu bapa, waris dan staf menyebabkan keputusan ini terpaksa dibuat,” katanya.

sumber : kosmo online


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails