The secret location for Earth Hour's Dance in the Dark has been revealed!

let's click

Followers

Saturday, March 19, 2011

Perodua lancar model baru rekaan terkini Julai ini

BESUT - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dijangka melancarkan model baru kereta kompak yang menampilkan reka bentuk terkini, lebih bergaya dan sporty pada Julai atau September tahun ini.
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, model baru itu dijangka lebih popular daripada barisan model paling laris di pasaran sedia ada seperti MyVi, Alza dan ViVa.

"Bagi model baru ini, kita juga mengambil kira komen pelanggan terhadap model yang diperkenalkan sebelum ini.
"Sebab itu, setiap kali Perodua memperkenalkan model baru, tentunya ia lebih baik daripada yang lama, umpamanya dari segi reka bentuk, enjin dan penjimatan minyak," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai model baru itu mahu pun mengesahkannya ketika ditanya kemungkinan model baru itu membabitkan kereta sedan kompak dengan kapasiti enjin 1.5 liter.
"Apa yang saya boleh kata, model baru ini merupakan kereta kompak yang mampu milik dan berpatutan, sesuai untuk semua golongan masyarakat khususnya golongan muda," katanya.
Pengeluar kenderaan nasional kedua itu menyasarkan jualan sebanyak 195,000 unit pada tahun ini sebaik sahaja model baru itu memasuki pasaran.
sumber : kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails