The secret location for Earth Hour's Dance in the Dark has been revealed!

let's click

Followers

Monday, March 14, 2011

Cadang saman ekor diganti sistem lebih adil

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan agar sistem saman yang lebih adil diperkenalkan bagi menggantikan saman ekor yang didakwa tidak memberikan keadilan kepada pengguna jalan raya.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, terdapat banyak keraguan yang timbul ekoran daripada tindakan mengeluarkan saman tersebut.

“Kita sudah bangkit lama mengenai isu ini dan saya harap kerajaan dapat lihat semula satu sistem yang lebih baik kerana saya lihat banyak keraguan dari segi keadilan.
“Kadangkala memang betul juga orang cakap notis itu bukan saman tapi sebenarnya notis dan mereka tidak dituduh di mahkamah atau dibawa ke mahkamah menyebabkan tidak berpeluang untuk bela diri,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan promosi Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional di sini semalam.
sumber :- kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails