The secret location for Earth Hour's Dance in the Dark has been revealed!

let's click

Followers

Tuesday, August 31, 2010

Rejang Kelahiran

Pengetahuan mengenai Rejang ini ujud di kalangan bangsa Melayu di zaman dahulu. Di kawasan-kawasan pendalaman pada masa dahulu, orang-orang tua Melayu terutamanya bidan-bidan akan meberitahu si ibu atau sesiapa yang hadir semasa kelahiran bayi mengenai Rejang bayi itu. Walau bagaimana pun masa sekarang ramai sudah tidak tahu menahu mengenai kewujudan Rejang. Sekiranya anda mahu mengenal Rejang seorang lelaki, anda perlu tahu pada tarikh bilakah (bulan Hijrah) dia dilahirkan, kerana Rejang merujuk perkiraan Hijrah.

Dari segi hubungan kelamin pula, ada di antara catatan ini yang menasihatkan agar jangan melakukan jima' suami isteri pada tarikh-tarikh tertentu. Kerana menurut ilimu ini jika dari jima' itu lahir anak, maka anak itu akan buruk perangainya.

Hb.. Rejang Sifat 1 Kuda Wataknya baik. Cepat sembuh bila dia sakit. Pekerjaannya boleh dikatakan semuanya baik. 2 Kijang Jika lahir pada tarikh ini kemungkinan ibu bapanya sakit dan terpaksa membiaya pengubatan mahal. 3 Macang Berwatak bodoh, ada kecenderungan derhaka pada Allah, atau orang tuanya atau pemimpinnya. 4 Kucing Berbakti kepada orang tua, berperangai baik dan mudah mendalami dari segi kerohanian. 5 Sapi Ada kecenderungan berwatak derhaka terhadap orang tua, jika sakit lambat sembuh. 6 Kerbau Sesiapa yang lahir pada tarikh ini di anggap berperangai baik. Selalu berbakti kepada Allah dan orang tuanya. 7 Tikus Berperangai baik dan wataknya suka berbakti kepada Allah serta kepada kedua orang tuanya. 8 Mejangan Perangainya baik, memperolehi banyak keuntungan dari wataknya, dikasihi oleh orang besar. 9 Anjing Perangainya amat buruk, ada kecenderungan untuk derhaka kepada Allah serta kepada kedua orang tuanya. 10 Naga Sangat baik perangainya, bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya. 11 Kambing Perangainya baik. Peramah dengan orang lain, rezekinya murah dan banyak, umurnya panjang. 12 Mayang Berperangai baik. 13 Gajah Sering ditimpa sakit. 14 Singa Segala perangainya baik. 15 Ikan Berperangai baik. Berbakti kepada raja atau menteri. 16 Malam Perangainya buruk. Mungkin hilang ingatannya, sering ditimpa sakit atau sering kecurian. Sekiranya bangkit syahwat pada tarikh ini dan melahirkan anak, anak akan jadi hilang ingatan dan berwatak derhaka kepada orang tuanya. 17 Elang Baik perangainya. 18 Celeng Berperangai baik. 19 Banting Berwatak buruk, derhaka kepada Allah dan orang tuanya. 20 Hantu Baik perangainya, murah rezekinya dan pemberi. 21 Arang Derhaka kepada Allah dan orang tuanya. 22 Udang Baik perangainya. 23 Ulat Laut Perangainya buruk, dan berkemungkinan derhaka kepada orang tuanya. Sekiranya berjima', mungkin jadi zuriat, tetapi anak akan derhaka kepada orang tuanya dan buruk perangainya. 24 Pari Perangainya sangat buruk. Derhaka kepada Allah dan orang tuanya. 25 Pandi Dia harus banyak bersedekah bagi mengelakkan mara bahaya. 26 Kala Perangainya baik. Berbakti kepada Allah dan orang tuanya. 27 Helang Baik perangainya. Berbakti kepada Allah dan orang tuanya. 28 Padi Perangainya baik. Semua bentuk pekerjaannya baik. 29 Ulat Buruk perangainya. Selalu ditimpa sakit dan derhaka kepada orang tuanya. 30 Sada Sangat buruk perangainya. Selalu sakit.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails