Wanita memerlukan seks dalam bentuk yang berbeza dari cara biasa ditawarkan oleh lelaki. Seks yang diharapkan oleh wanita seharusnya mempunyai lebih banyak komunikasi kasih sayang, termasuklah di dalamnya senyum, gurau senda, pelukan, belain, cumbuan, ciuman, pujuk rayu serta pujian. Malah ianya patut dilakukan menurut kesukaan dan hajat isteri. Wanita memerlukan semua itu itu untuk memungkinkan syahwatnya bangkit kerana syahwat wanita tidak mampu bangkit mendadak sebagaimana lelaki. Rangsangan yang membantu kebangkitan syahwat wanita ialah rangsangan terhadap pendengarannya dan belaian terhadap tubuh badannya. Sebilangan lelaki tidak mengetahui atau menyedari hal ini, dan sebahagian lagi menyedari tetapi sukar pula bersabar, lantas tahu-tahu mahu terus memulakan jima'.
Inilah perkara yang dianggap kelemahan ketara lelaki dari segi seks yang menyebabkan ramai wanita merasa kecewa. Lelaki cepat mahu juma' dari mencukupkan rangsangan awal terhadap wanita (istimta'). Istimta' dianggap oleh ramai lelaki sebagai pengacau yang melambat-lambatkan kemahuan sebenarnya. Ia dianggap sebagai iklan-iklan yang terlalu panjang sebelum bermulanya tayangan gambar.
Akibat dari inilah wanita yang terlibat akan merasa dingin untuk melayan suaminya. Ini menyebabkan suami jarang dapat bersama dengan isterinya di ranjang. Sekiranya suami itu dari jenis yang kuat syahwatnya dan mahu kerap berjima' sedangkan isterinya tidak begitu gemar melakukannya, suaminya akan merasa kecewa dalam seks. Jima' yang jarang dilakukan oleh suami yang kuwat nafsu seksnya boleh mengakibatkan dia tidak boleh bertahan lama apabila jima'. Dia akan mudah inzal. Bila ini berlaku, kedinginan isterinya untuk berjima' akan ditambah lagi dengan ketidakpuasan jima', dan jika ia berlarutan mungkin isteri akan merasa bahawa jima' tidak mendatangkan makna pada dirinya melainkan membosankan hidupnya dan membebankannya. Lahirlah 'Pipit Sedih', iaiitu istilah tradisional Melayu yang merujuk kepada wanita yang tidak pernah merasa puas dari segi seksualnya bila berkahwin.
Fenomena tidak melakukan istimta' adalah kelemahan lelaki tetapi wanita tidak wajar mempersalahkan lelaki semata-mata dalam soal ini kerana wanita jug asepatutnya memainkan peranannya. Lelaki bukanlah pakar dalam melakukan seks. Dia cuba melakukan sebaik yang mungkin, dia melakukan banyak percubaan dan mahu mengetahui apakah tindakannya itu menepati hasrat isterinya. Wanitalah yang patut membantu suaminya. Antara yang patut dilakukan olah wanita ialah:
- Menunjukkan kepada suaminya bahawa dia menghargai kehadiran suaminya.
- Mengajar suaminya secara halus iaitu membelai, mencumbu dan memujuk rayu suaminya agar suaminya menyedari menegnai kenikmatan yang dapat dirasakan akibat rangsangan sedemikian.
- Melengahkan proses istimta' dengan meminta suaminya merangsang ke anggota-anggota yang dihajatkan.
- Memberi isyarat-isyarat yang sesuai apabila merasa nikmat dan ababila merasa tidak nikmat.
- Sekiranya sesuatu pendekatan suami itu mendatangkan rasa kenikmatan yang tinggi, berikan isyarat agar ianya boleh diulangi oleh suami.
No comments:
Post a Comment