Pengetahuan mengenai Rejang ini ujud di kalangan bangsa Melayu di zaman dahulu. Di kawasan-kawasan pendalaman pada masa dahulu, orang-orang tua Melayu terutamanya bidan-bidan akan meberitahu si ibu atau sesiapa yang hadir semasa kelahiran bayi mengenai Rejang bayi itu. Walau bagaimana pun masa sekarang ramai sudah tidak tahu menahu mengenai kewujudan Rejang. Sekiranya anda mahu mengenal Rejang seorang lelaki, anda perlu tahu pada tarikh bilakah (bulan Hijrah) dia dilahirkan, kerana Rejang merujuk perkiraan Hijrah.
Dari segi hubungan kelamin pula, ada di antara catatan ini yang menasihatkan agar jangan melakukan jima' suami isteri pada tarikh-tarikh tertentu. Kerana menurut ilimu ini jika dari jima' itu lahir anak, maka anak itu akan buruk perangainya.
Hb.. | Rejang | Sifat |
1 | Kuda | Wataknya baik. Cepat sembuh bila dia sakit. Pekerjaannya boleh dikatakan semuanya baik. |
2 | Kijang | Jika lahir pada tarikh ini kemungkinan ibu bapanya sakit dan terpaksa membiaya pengubatan mahal. |
3 | Macang | Berwatak bodoh, ada kecenderungan derhaka pada Allah, atau orang tuanya atau pemimpinnya. |
4 | Kucing | Berbakti kepada orang tua, berperangai baik dan mudah mendalami dari segi kerohanian. |
5 | Sapi | Ada kecenderungan berwatak derhaka terhadap orang tua, jika sakit lambat sembuh. |
6 | Kerbau | Sesiapa yang lahir pada tarikh ini di anggap berperangai baik. Selalu berbakti kepada Allah dan orang tuanya. |
7 | Tikus | Berperangai baik dan wataknya suka berbakti kepada Allah serta kepada kedua orang tuanya. |
8 | Mejangan | Perangainya baik, memperolehi banyak keuntungan dari wataknya, dikasihi oleh orang besar. |
9 | Anjing | Perangainya amat buruk, ada kecenderungan untuk derhaka kepada Allah serta kepada kedua orang tuanya. |
10 | Naga | Sangat baik perangainya, bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya. |
11 | Kambing | Perangainya baik. Peramah dengan orang lain, rezekinya murah dan banyak, umurnya panjang. |
12 | Mayang | Berperangai baik. |
13 | Gajah | Sering ditimpa sakit. |
14 | Singa | Segala perangainya baik. |
15 | Ikan | Berperangai baik. Berbakti kepada raja atau menteri. |
16 | Malam | Perangainya buruk. Mungkin hilang ingatannya, sering ditimpa sakit atau sering kecurian. Sekiranya bangkit syahwat pada tarikh ini dan melahirkan anak, anak akan jadi hilang ingatan dan berwatak derhaka kepada orang tuanya. |
17 | Elang | Baik perangainya. |
18 | Celeng | Berperangai baik. |
19 | Banting | Berwatak buruk, derhaka kepada Allah dan orang tuanya. |
20 | Hantu | Baik perangainya, murah rezekinya dan pemberi. |
21 | Arang | Derhaka kepada Allah dan orang tuanya. |
22 | Udang | Baik perangainya. |
23 | Ulat Laut | Perangainya buruk, dan berkemungkinan derhaka kepada orang tuanya. Sekiranya berjima', mungkin jadi zuriat, tetapi anak akan derhaka kepada orang tuanya dan buruk perangainya. |
24 | Pari | Perangainya sangat buruk. Derhaka kepada Allah dan orang tuanya. |
25 | Pandi | Dia harus banyak bersedekah bagi mengelakkan mara bahaya. |
26 | Kala | Perangainya baik. Berbakti kepada Allah dan orang tuanya. |
27 | Helang | Baik perangainya. Berbakti kepada Allah dan orang tuanya. |
28 | Padi | Perangainya baik. Semua bentuk pekerjaannya baik. |
29 | Ulat | Buruk perangainya. Selalu ditimpa sakit dan derhaka kepada orang tuanya. |
30 | Sada | Sangat buruk perangainya. Selalu sakit. |
Read more...