The secret location for Earth Hour's Dance in the Dark has been revealed!

let's click

Followers

Saturday, April 2, 2011

Wayne Rooney cipta hatrik


LONDON - Wayne Rooney melakukan jaringan hatrik untuk membantu pasukannya, Manchester United mencatat kemenangan 4-2 ke atas West Ham dalam saingan Liga Perdana England semalam.
Kemenangan tersebut terus mengukuhkan kedudukan United untuk sekali lagi menjulang gelaran juara liga musim ini.

Selain itu, mereka terus melebarkan kedudukan mereka sebagai pendahulu dengan kelebihan lapan mata ke atas pencabar terdekat, Arsenal yang turun menentang Blackburn lewat malam tadi.
Pada aksi semalam, West Ham hampir meraih tiga mata penuh selepas mendahului 2-0 menerusi dua sepakn penalti oleh Mark Noble, tetapi kelebihan itu gagal dipertahankan.
Hasrat West Ham dimusnahkan oleh kebangkitan Rooney yang dilihat terlalu garang untuk merobek gawang lawan pada separuh masa kedua.
Gol pertama United terhasil pada minit ke-65 menerusi sepakan percuma Rooney, dan lapan minit kemudian, dia berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan leret yang cukup kencang.
Kebangkitan United bermula pada minit ke-78 apabila dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil, Lee Mason selepas Fabio Da Silva dikasari oleh pertahanan lawan, Matthew Upson dalam kotak penalti.
Rooney yang mengambil sepakan tersebut mudah menyempurnakannya untuk menjadikan kedudukan 3-2.
Kedudukan United terus kukuh pada minit ke-84 apabila pemain gantian, Javier Hernandez menghasilkan gol keempat bagi mengesahkan tiga mata penuh menjadi milik pasukan dari Old Trafford itu.
Kemenangan itu membolehkan United mengumpul 66 mata dengan baki tujuh perlawanan lagi untuk diharungi.
sumber : kosmo

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails