AMPANG – Seorang anggota trafik berpangkat Lans Koperal cedera di kepala selepas dirempuh oleh sebuah motosikal yang ditunggang pelesit rempit di persimpangan Jalan Taman Putra-Jalan Tasik Tambahan di sini awal pagi semalam.
Ketika kejadian pukul 2.30 pagi itu, Henry Gregory, 32, yang bertugas di cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dikatakan sedang menjalankan operasi mencegah lumba haram di kawasan tersebut.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Hussin Omar berkata, ketika kejadian, mangsa sedang bertugas bersama lima lagi anggota selepas menerima banyak aduan berhubung aktiviti lumba haram di kawasan tersebut.
“Sebaik menyedari kehadiran polis, kumpulan pelesit rempit yang menunggang tujuh buah motosikal itu cuba beredar dan memecut laju,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Menurut Che Hussin, malangnya ketika cuba menyelamatkan diri, sebuah daripada motosikal tersebut telah merempuh Henry.
Ekoran kejadian itu, Henry yang berasal dari Sabah dikatakan tercampak dan terseret sejauh beberapa meter dari tempat kejadian.
Sunday, November 14, 2010
Anggota trafik cedera dirempuh pelesit rempit
Labels:
news
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment